Thursday, April 8, 2010


TANGGAL 27 MAC 2010, PERTANDINGAN MTQ ZON GOMBAK TELAH BERLANGSUNG DI SK TAMAN SERI GOMBAK 2, SERAMAI LEBIH KURANG 90 ORANG PESERTA YANG MEWAKILI 14 BUAH SEKOLAH DALAM ZON GOMBAK TELAH MENYERTAI PERTANDINGAN INI.


SUASANA DI MEJA URUSETIA PENDAFTARAN....


TEMPAT BERKUMPUL MENGIKUT ACARA...


ACARA BERCERITA LELAKI....


ACARA TILAWAH DI MUSOLLA...


MAJLIS PENUTUP...



PERSEMBAHAN DIKIR ISTIMEWA DR SKUAD DIKIR BARAT SKSTG2... MENGHIBURKAN


PENYAMPAIAN HADIAH....

SEKALUNG TAHNIAH BUAT ADIK ALIA NABIHA MURID TAHUN 6 PERDANA SKTSG2 YANG MENJADI NAIB JOHAN BERCERITA PEREMPUAN DAN MEWAKILI ZON GOMBAK DI MTQ DAERAH GOMBAK DI SBPI RAWANG....KEPUTUSAN TERKINI ADIK ALIA NABIHA MENDAPAT TEMPAT KELIMA DALAM PERTANDINGAN MTQ DAERAH GOMBAK DI SBPI GOMBAK YANG BERLANGSUNG PADA 7 APRIL 2010.. TAHNIAH SEKALI LAGI ... AYUH SKTSG2 TAHUN DEPAN KITA CUBA LAGIIIIII...

Posted by Posted by SKTSG2 DAILY at 12:34 PM
Categories:

0 comments  

Sunday, March 21, 2010



Bertempat di Dataran Ilmu.... seawal jam 7.30 pagi pada 12 MAC 2010 yang lalu..

pihak sekolah telah mengadakan suatu sambutan maulidur rasul peringkat sekolah..




Acara bermula dengan perarakan sambil berselawat memuji junjungan Muhammad S.A.W mengelilingi kawasan perumahahan Fasa 1 Seri Gombak.



Melalui jalan-jalan seperti jalan SG1/15,/17,/18 dan kembali semula ke perkarangan sekolah..



Sambutan kali ini dimeriahkan lagi dengan pertandingan mencipta sepanduk perarakan

mengikut aliran kelas masing2...




selesai perarakan.... majlis sambutan dihiasi dengan

alunan marhaban oleh kumpulan Marhaban Seri Gombak yang terdiri dari kaum ibu sekitar

taman seri gombak..



Seterusnya acara diteruskan dengan ceramah istimewa dari

pendakwah cilik (7 & 8 tahun) yang didatangkan khas sempena sambutan maulidur rasul

pada kali ini...



Acara lain yang dihadirkan bagi memenuhi tentatif pada hari tersebut ialah deklamasi

sajak oleh adik aniq dari aliran tahun 2..

persembahan nasyid dan persembahan murid2 pendidikan khas...

Yang paling meriah sekali ialah... jamuan makan kali ini ... menunya ialah..

gulai kawah power (hasil air tangan guru2 sktsg2 yang hebat2)...

para hadirin dijamu dengan gulai kawah beserta roti dan sebiji epal....


Semoga sambutan maulidur rasul pada kali ini akan menaikkan semangat murid sekolah

ini... biarlah dengan semangat mencintai rasul SAW ini akan menjadi pemangkin kepada

kecemerlangan murid sekolah ini dalam segenap aspek kehidupan...

Contohilah keperibadian rasul junjungan kita untuk mencapai kebahagiaan dunia dan

akhirat........

Posted by Posted by SKTSG2 DAILY at 8:47 AM
Categories:

0 comments  

Saturday, February 27, 2010




Buku merupakan sumber ilmu pengetahuan. Degan membaca ilmu pengetahuan kita akan bertambah. membaca juga merupakan amalan mulia yang sepatutnya dipraktikkan oleh segenap lapisan masyarakat. Melentur buluh biarlah dari rebungnya, sehubungan dengan itu maka murid merupakan sasaran terbaik bagi mejamin aktivit aini berjalan dengan sempurna dan dari itu lahirlah program yang dinamakan "Sayangi Buku, Cintai Ilmu".



Dan program ini mendapat impak yang lebih besar apabila pihak Perputakaan Negara Malaysia telah berbesar hati untuk turut serta menjayakan aktivit tersebut. Hasrat ini dinyatakan sebaiknya dengan Dato'Raslin Bin Abu Bakar, Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia sanggup meluangkan masanya untuk tampil merasmikan program tersebut.



Selain dari kehadiran Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, turut hadir pada majlis tersebut ialah wakil PPD, serta barisan AJK PIBG. Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran 'ULAT PINTAR' maskot khas galakan membaca di kalangan murid SKTSG2. Turut serta hadir adalah pihak media yang bertugas merakamkan detik sejarah yang terpahat di SK Taman Seri Gombak 2 pada hari tersebut, tanggal 25 Februari 2010.

Posted by Posted by SKTSG2 DAILY at 10:15 PM
Categories:

0 comments  

Sunday, February 7, 2010


Barisan Baru Ahli Majlis Mesyuarat PIBG bagi sessi 2010/11



1. MOHD ASRI BIN SULONG (YDP)
2. MOHD YUSOF BIN AHMAD (NYDP)
3. MUHAMMAD IKHWAN B. ZAINAL (S/U)
4. AL-ZUBIR B. ABD RAHIM (B)
5. UTHAMASEELAN A/L RETNAM
6. AHMAD ZAINI KAMARUZZAMAN
7. CHE ZAKARIA BIN MOHAMAD
8. JASRI BIN MOHAMAD
9. TN HJ ROSELI B HUSSIN
10. PN SYARIFAH
11. SUHAIMI RAHIM
12. SU'AIMI ABDULLAH
13. ABD RAHIM BIN SHAFII
14. ZAWAWI BIN YUSOF
15. NIK NOOR HISHAM NIK WIL

Posted by Posted by SKTSG2 DAILY at 11:38 PM
Categories:

0 comments  



Pengawas merupakan antara nadi yang penting dalam institusi persekolahan. Selain melaksanakan tanggungjawab dan amanah seperti dikhendaki pihak sekolah, mereka merupakan contoh yang seharusnya diikuti oleh murid-murid. Pengawas yang bededikasi dan cemerlang menjadi harapan pihak sekolah dalam menunjukkan sikap dan akhlak yang terpuji kepada masyarakat.



Pada 1 Februari 2010, Unit Disiplin & Pengawas SKTSG2 telah mengadakan majlis watikah perlantikan pengawas sekolah. Seramai 103 orang pengawas tahap 2 telah menerima watikah perlantikan yang menandakan mereka telah dilantik secara rasmi untuk menjadi seorang pengawas sekolah.



Majlis ini telah disempurnakan oleh En Halil b. Osman selaku wakil polis dari Balai Polis Selayang. Setelah selesai penyerahan watikah, majlis diteruskan dengan lafaz ikrar yang diketuai oleh ketua pengawas yang baharu iaitu adik Raziq Fitri b. Ramli. Setelah selesai bacaan ikrar, majlis diteruskan dengan penyampaian ceramah ringkas oleh En Halil berkaitan dengan salah laku juvana berkaitan dengan murid sekolah rendah. Alhamdulillah, majlis ini telah berlangsung dengan jayanya.

Posted by Posted by SKTSG2 DAILY at 7:04 PM
Categories:

0 comments  

Saturday, February 6, 2010




Program ini merupakan suatu program baru yang dirumus dan dirangka khusus untuk memberikan pengiktirafan kepada murid-murid tahap dua (tahun 4, 5, dan 6)yang berjaya mecapai kecemerlangan dalam setiap peperiksaan yang berlangsung di SKTSG 2. Setiap murid terbaik pencapaian akademiknya akan diraikan dan dianugerahkan pengiktirafan khas dalam bentuk sijil dan plak yang mana ianya akan menjadi sumber inspirasi dan motivasi bagi penerima anugerah tersebut. Ianya juga diharap menjadi momentum bagi murid-murid lain untuk meraih kejayaan yang serupa. Satu anugerah terbaik keseluruhan juga diadakan bagi mengenal pasti tokoh akedemik terbaik bagi SKTSG 2 dan diharap akan menjadi idola kepada rakan-rakannya.

Posted by Posted by SKTSG2 DAILY at 2:16 AM
Categories:

0 comments  



Dalam mengurus dan mentadbir sesebuah institusi yang besar, perhubungan yang baik dan berkualiti serta semangat kerjasama yang kuat memainkan peranan yang penting dalam membentuk kecemerlangan. Sehubungan dengan itu SKTSG 2 telah melancarkan Program yang diberi nama 5 'S' dalam membentuk warganya yang berperibadi tinggi. Penerapan nilai-nilai murni yang terkandung dalam 5 aspek utama iaitu SENYUM, SALAM, SAPA, SOPAN dan SANTUN diharap akan merubah budaya pergaulan di kalangan warga SKTSG2. Program ini juga dirancang dan dilaksanakan selaras dengan usaha kerajaan menjayakan kempen 'Budi Bahasa Budaya Kita'

Posted by Posted by SKTSG2 DAILY at 1:55 AM
Categories:

0 comments  



Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di tahun satu sekolah rendah.

Tujuan Program:

  1. Murid – murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru – guru dan kawan baru dalam masa yang singkat.
  2. Guru – guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif , emosi , kerohanian dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di tahun satu.
  3. Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah tanpa banyak masalah.


Rasional:

  1. Murid – murid yang masuk ke tahun satu datang dari pelbagai latar belakang dan pengalaman yang berbeza.
  2. Perbezaan umur antara murid(1 hingga 11 bulan)
  3. Kesediaan untuk belajar(perbezaan pengalaman tadika,fizikal,latar belakang keluarga)

Selepas minggu orientasi selama 3 minggu, diharapkan murid – murid tahun satu sudah bersedia untuk meneruskan proses pembelajaran dan pengajaran dalam siuasana yang menyeronokkan . Dalam masa yang sama guru guru dapat mengenalpasti murid yang sudah menguasai kemahiran asas seperti kognitif, bahasa, kreativiti dan estetika , keagamaan dan ketatanegaraan.

Posted by Posted by SKTSG2 DAILY at 1:39 AM
Categories:

0 comments  

Tuesday, January 26, 2010



Tarikh : 21 Januari 2010
Masa : 0900 – 1200
Hari : Khamis
Anjuran : Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), SKTSG2
Jemputan : Pusat Pemulihan Dalam Komuniti(PDK) Taman Sri Gombak Fasa 9
Dif Undangan :
i) En. Bhakhari bin Abdul Rahman
Penolong Pegawai PPDGombak
ii) En. Ramli bin Bahruddin
Penyelia Pendidikan Khas Daerah Gombak


Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memaklumkan tentang kewujudan padang Permainan Bocce di SK Taman Seri Gombak 2. Ianya telah siap pada seminggu yang lepas tetapi masih dalam proses penambahbaikan dan keceriaan. Selain itu juga, ianya adalah sebagai pengesahan kelayakan padang itu untuk diadakan sebarang Pertandingan Bocce dan juga sebagai persediaan untuk upacara yang akan diadakan kelak.
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dijemput kerana mereka telah lama dan berpengalaman serta mahir dalam selok-belok permainan Bocce ini. Secara tidak langsung mereka dapat mengesahkan status kepada kelayakan padang tersebut. Mereka ini telah diwakili seramai 5 orang guru dan 18 orang pelajar.
Dalam pertandingan ini, 3 acara telah dipertandingkan iaitu acara individu. Berpasangan dan kerkumpulan(4 orang). Perjalanan pertandingan adalah dalam keadaan terbaik dan terkawal sekalipun mereka ini mereka ini semuanya adalah terdiri dari pelajar-pelajar khas(OKU).
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

Secara keseluruhannya, kesemua acara adalah dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak 2.

Permainan Bocce ini adalah berasal dari permainan dan perkataan orang Italy. Ianya seakan-akan permainan Bowling Padang atau Petanque. Kelebihan permainan ini adalah ; ia sangat sesuai untuk pelajar atau kanak-kanak khas kerana banyak membantu perkembangan psikomotor mereka yang mana seterusnya menghasilkan terapi bak dalam bentuk halus mahupun kasar. Ianya juga dapat mendidik pelajar ini lebih supaya lebih memahami nilai disiplin dan bertolak ansur.

Posted by Posted by SKTSG2 DAILY at 9:41 AM
Categories:

0 comments  

Sunday, January 24, 2010




"Membaca merupakan Jambatan Ilmu". Seperti yang kita semua tahu membaca merupakan amalan penting dalam menimba 'ilmu pengetahuan', yang mana kita semua tahu dalam dunia yang mencabar ini merupakan sesuatu harta yang cukup penting bagi menjamin kejayaan hidup. Program NILAM ( Nadi Ilmu Amalan Membaca) adlah satu program yang dirangka kementerian bagi menjamim proses ini berlaku disetiap sekolah di Malaysia.



Sehubungan dengan itu Pihak SKTSG 2 telah melancarkan program ini bagi sessi persekolahan 2010. Majlis ini telah diadakan pada 21.01.2010 dan perasmiaannya telah disempurnakan oleh Puan Daunah, Guru Besar SKTSG2.



Pada majlis itu, guru-guru kelas telah menerima buku rekod NILAM yang akan digunakan bagi merekod segala rekod bahan bacaan murid dalam semua bahasa, baik Bahasa Melayu, Inggeris dan lain-lain.



Majlis itu juga dikejutkan dengan kehadiran ulat pintar iaitu maskot bagi Proram NILAM itu sendiri. Ini membuatkan ramai murid dan guru-guru terpegun.

Menjadi harapan kita semua untuk menggalakkan amalan membaca di kalangan masyarakat kita. Oleh itu jadikanlan amalan membaca sebagai amalan kita semua rakyat Malaysia.

Posted by Posted by SKTSG2 DAILY at 9:36 AM
Categories:

0 comments  

Monday, January 18, 2010



Satu majlis perjumpaan antara pihak sekolah dan ibu bapa murid tahun 6 telah diadakan di Dewan Tun Teja bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 11.00 pagi. Majlis yang merupakan titik tolak permuafakatan antara guru dan ibu bapa murid tahun 6 sebagai salah satu usaha dan sokongan moral serta bantuan kewangan bagi membiayai aktiviti yang dirancang sepanjang tahun dengan harapan dan bertujuan sebagai pemangkin kepada Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas.

Selain itu dalam majlis ini juga, berlangsungnya majlis melafazkan ikrar akujanji murid tahun 6 sebagai salah satu baiah yang dilahirkan kesedaran dalam diri mereka sendiri. Antara isi akujanji tersebut ialah kesanggupan mereka mencurahkan segala usaha mereka dan kesungguhan mereka dalam mencapai kejayaan yang diidam-idamkan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis interaksi hari tersebut.

Terima kasih daun keladi... program lain boleh tolong lagi...

Posted by Posted by SKTSG2 DAILY at 6:38 PM
Categories:

0 comments  

Sunday, January 17, 2010



Program Maju Diri (PMD) adalah program yang disarankan oleh Jabatan Pelajaran Selangor untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah negeri Selangor. Program yang dicadangkan perlaksanaannya pada awal setiap tahun ini diharapkan dapat mengembalikan situasi pembelajaran sebenar kepada setelah mereka bercuti panjang pada akhir tahun.
Justeru, program yang dirancang ini telah dijalankan pada 12-14 Januari 2010 yang lalu dan Unit Bimbingan & Kaunseling (B&K) diamanahkan untuk menggerakkan program ini dengan bantuan daripada semua guru.

PMD ini telah menjadi pembuka lembaran baru bagi memulakan sesi pembelajaran bagi tahun ini. melaluinya para peserta dapat mewujudkan kemesraan dikalangan rakan sekelas yang baru disamping memantapkan diri untuk mengurus diri sendiri, mengenal potensi diri seterusnya menambah pengetahuan kemahiran belajar yang sedia ada.
Alhamdulillah, segala aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan baik. Guru-guru dan murid-murid memberikan kerjasama yang mantap dalam menjayakannya dan seronok mengikuti aktiviti yang telah dijalankan.

Semoga melalui usaha murni ini akan dapat meningkatkan semangat belajar murid-murid seterusnya mencapai kejayaan sebagaimana yang diharapkan.
"Maju Diri Penggerak Wawasan".

Posted by Posted by SKTSG2 DAILY at 9:32 AM
Categories:

0 comments  

Monday, January 11, 2010



Pada siaran akhbar 2 Disember 2009 pihak Kementerian Pelajaran telah menyatakan yang pihaknya akan mengenakan bayaran tambahan kepada pelajar bagi sesi persekolahan tahun depan iaitu 2010.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dipetik berkata, berbeza dengan yuran persekolahan, bayaran tambahan tersebut akan digunakan untuk manfaat para pelajar.
Menurut beliau, yuran persekolahan pula akan digunakan untuk menampung hal ehwal pentadbiran sekolah serta penambahbaikan beberapa kemudahan yang disediakan.
"Bayaran tersebut tidak akan membebankan ibu bapa dan para pelajar. Ia juga akan digunakan untuk kemudahan dan aktiviti mereka.
"Sebagai contoh, duit yuran tambahan itu akan digunakan sebagai insurans dan untuk menjayakan aktiviti kurikulum pelajar sepanjang sesi persekolahan,"

Sehubungan dengan itu pada hari Sabtu 09.01.2010, bertempat di Dewan Terbuka SKTSG2, pihak sekolah telah mengadakan program pungutan bayaran tambahan ini. Jumlah bayaran yang ditetapkan adalah sebanyak RM 24.50 sahaja untuk setahun. Bayaran ini merangkumi segala hal berkaitan insuran, kebajikan dan aktiviti melibatkan murid. Dan kelihatan seawal-awal pagi lagi guru-guru kelas baik di sessi pagi mahupun petang telah berada di kaunter khas pembayaran yang telah ditetapkan untuk setiap kelas.
Dan pada hari tersebut dianggarkan seramai 45 % pihak ibubapa dan penjaga murid-murid SK Taman Seri Gombak 2 telah melunaskan bayaran tersebut. Kehadiran ibubapa dan penjaga ini amatlah dialau-alukan dan pihak sekolah merasa sangat sukacita di atas keprihatinan yang ditunjukkan mereka dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak. Dan kutipan ini akan berterusan dan ibubapa serta penjaga boleh melunaskan pembayaran di sekolah melalui guru kelas anak masing-masing.

Posted by Posted by SKTSG2 DAILY at 7:00 PM
Categories:

0 comments  

Friday, January 8, 2010



Dalam membentuk pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial, semua aspek pendidikan perlu ditekankan, baik secara formal ataupun tidak. Insan yang kental dan berkualiti akan lahir dari usaha yang secara menyeluruh dan berterusan. Antara usaha dalam merealisasikan pendidikan secara menyeluruh ini maka Panitia Agama Islam SKTSG2 telah merangka dan melaksanakan Program Bacaan Yaasin pada setiap minggu.
Sebenarnya program ini telah diadakan di sekolah ini semenjak dari dulu lagi, dan tahun demi tahun ianya diberi perubahan dan nafas baru bagi memantapkan lagi pelaksanaan dan keberhasilanya. Dan seperti juga tahun lepas ianya diadakan pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Pada tahun ini ianya diadakan seawal jam 07:00 pagi bagi memberi ruang dan masa yang lebih panjang kepada murid-murid bagi membaca dan mendalami Yaasin. Program ini yang diwajibkan bagi murid-murid tahun enam asalnya kini telah menjadi ikutan semua murid yang dapat hadir awal ke sekolah.

Pada tahun ini juga satu slot khas berkaitan terjemahan Yaasin akan diadakan selepas sessi bacaan Yaasin. Diharap dengan adanya program sebegini dapat meningkatkan lagi pengetahuan agama serta dapat menambahkan ketaqwaan murid-murid Islam di SKTSG2. wallahu a'lam.

Posted by Posted by SKTSG2 DAILY at 11:16 PM
Categories:

0 comments  

Tuesday, January 5, 2010


Walaupun matahari langsung tidak menjengah pagi itu, dan hujan renyai-renyai membasahi bumi Seri Gombak, akan tetapi keadaan ini tidak sesekali mematahkan semangat warga SK Taman Seri Gombak 2 untuk hadir ke sekolah untuk bersama-sama meraikan hari pertama sessi persekolahan 2010.

Turut bersama pada pagi itu adalah murid-murid tahun satu berserta ibubapa atau penjaga mereka yang tampil untuk julung-julung kalinya.Keadaan hujan renyai-renyai telah memaksa ibubapa, penjaga murid-murid ini untuk bersesak-sesak di ruangan yang terhad.

Murid-murid juga terpaksa duduk berhimpit-himpit, kesan pertambahan murid jelas terasa, pun begitu keadaan tetap terkawal. Perhimpunan rasmi kali yang pertama 2010 tetap diteruskan. Majlis perhimpunan ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd Radhi Abdul Wahab. Dimulakan dengan majlis bacaan doa, ikrar dan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Majlis rasmi ini terpaksa dipendekkan dengan hanya memberi ruang kepada Guru Besar untuk berucap. Perhimpunan ditamatkan lebih awal dari waktu yang sepatutnya memandangkan keadaannya tidak kondusif untuk diteruskan seperti keadaan kebiasaannya.

Posted by Posted by SKTSG2 DAILY at 10:50 PM
Categories:

0 comments  

Friday, January 1, 2010


Langkah pertama yang akan membawa erti untuk selamanya







Yakin membawa langkah dalam menuntut ilmu di SKTSG2






Ibubapa dan penjaga melihat senarai nama murid mengikut kelas





Bakal murid menggalas beban dan tanggungjawab demi menimba ilmu





Suasan ketika sessi pendaftaran





Barisan murid-murid bongsu pada sessi 2010





Guru kelas sedang meneliti dan menyemak senarai nama murid tahun 1 satu


Hadirin dan hadirat di kalangan ibubapa dan penjaga yang kusyuk mendengar taklimat GB




Sessi pembahagian dan agihan buku teks murid-murid tahun satu

Buku-buku teks dan aktiviti murid-murid tahun satu

Posted by Posted by SKTSG2 DAILY at 12:03 AM
Categories:

0 comments