Pada siaran akhbar 2 Disember 2009 pihak Kementerian Pelajaran telah menyatakan yang pihaknya akan mengenakan bayaran tambahan kepada pelajar bagi sesi persekolahan tahun depan iaitu 2010.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dipetik berkata, berbeza dengan yuran persekolahan, bayaran tambahan tersebut akan digunakan untuk manfaat para pelajar.
Menurut beliau, yuran persekolahan pula akan digunakan untuk menampung hal ehwal pentadbiran sekolah serta penambahbaikan beberapa kemudahan yang disediakan.
"Bayaran tersebut tidak akan membebankan ibu bapa dan para pelajar. Ia juga akan digunakan untuk kemudahan dan aktiviti mereka.
"Sebagai contoh, duit yuran tambahan itu akan digunakan sebagai insurans dan untuk menjayakan aktiviti kurikulum pelajar sepanjang sesi persekolahan,"
Sehubungan dengan itu pada hari Sabtu 09.01.2010, bertempat di Dewan Terbuka SKTSG2, pihak sekolah telah mengadakan program pungutan bayaran tambahan ini. Jumlah bayaran yang ditetapkan adalah sebanyak RM 24.50 sahaja untuk setahun. Bayaran ini merangkumi segala hal berkaitan insuran, kebajikan dan aktiviti melibatkan murid. Dan kelihatan seawal-awal pagi lagi guru-guru kelas baik di sessi pagi mahupun petang telah berada di kaunter khas pembayaran yang telah ditetapkan untuk setiap kelas.
Dan pada hari tersebut dianggarkan seramai 45 % pihak ibubapa dan penjaga murid-murid SK Taman Seri Gombak 2 telah melunaskan bayaran tersebut. Kehadiran ibubapa dan penjaga ini amatlah dialau-alukan dan pihak sekolah merasa sangat sukacita di atas keprihatinan yang ditunjukkan mereka dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak. Dan kutipan ini akan berterusan dan ibubapa serta penjaga boleh melunaskan pembayaran di sekolah melalui guru kelas anak masing-masing.
Monday, January 11, 2010
Posted by Posted by
SKTSG2 DAILY
at
7:00 PM
Categories:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment