Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di tahun satu sekolah rendah.
Tujuan Program:
- Murid – murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru – guru dan kawan baru dalam masa yang singkat.
- Guru – guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif , emosi , kerohanian dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di tahun satu.
- Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah tanpa banyak masalah.
Rasional:
- Murid – murid yang masuk ke tahun satu datang dari pelbagai latar belakang dan pengalaman yang berbeza.
- Perbezaan umur antara murid(1 hingga 11 bulan)
- Kesediaan untuk belajar(perbezaan pengalaman tadika,fizikal,latar belakang keluarga)
Selepas minggu orientasi selama 3 minggu, diharapkan murid – murid tahun satu sudah bersedia untuk meneruskan proses pembelajaran dan pengajaran dalam siuasana yang menyeronokkan . Dalam masa yang sama guru guru dapat mengenalpasti murid yang sudah menguasai kemahiran asas seperti kognitif, bahasa, kreativiti dan estetika , keagamaan dan ketatanegaraan.
0 comments:
Post a Comment