Sunday, February 7, 2010




Pengawas merupakan antara nadi yang penting dalam institusi persekolahan. Selain melaksanakan tanggungjawab dan amanah seperti dikhendaki pihak sekolah, mereka merupakan contoh yang seharusnya diikuti oleh murid-murid. Pengawas yang bededikasi dan cemerlang menjadi harapan pihak sekolah dalam menunjukkan sikap dan akhlak yang terpuji kepada masyarakat.



Pada 1 Februari 2010, Unit Disiplin & Pengawas SKTSG2 telah mengadakan majlis watikah perlantikan pengawas sekolah. Seramai 103 orang pengawas tahap 2 telah menerima watikah perlantikan yang menandakan mereka telah dilantik secara rasmi untuk menjadi seorang pengawas sekolah.



Majlis ini telah disempurnakan oleh En Halil b. Osman selaku wakil polis dari Balai Polis Selayang. Setelah selesai penyerahan watikah, majlis diteruskan dengan lafaz ikrar yang diketuai oleh ketua pengawas yang baharu iaitu adik Raziq Fitri b. Ramli. Setelah selesai bacaan ikrar, majlis diteruskan dengan penyampaian ceramah ringkas oleh En Halil berkaitan dengan salah laku juvana berkaitan dengan murid sekolah rendah. Alhamdulillah, majlis ini telah berlangsung dengan jayanya.

Posted by Posted by SKTSG2 DAILY at 7:04 PM
Categories:

 

0 comments: