Friday, January 8, 2010



Dalam membentuk pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial, semua aspek pendidikan perlu ditekankan, baik secara formal ataupun tidak. Insan yang kental dan berkualiti akan lahir dari usaha yang secara menyeluruh dan berterusan. Antara usaha dalam merealisasikan pendidikan secara menyeluruh ini maka Panitia Agama Islam SKTSG2 telah merangka dan melaksanakan Program Bacaan Yaasin pada setiap minggu.
Sebenarnya program ini telah diadakan di sekolah ini semenjak dari dulu lagi, dan tahun demi tahun ianya diberi perubahan dan nafas baru bagi memantapkan lagi pelaksanaan dan keberhasilanya. Dan seperti juga tahun lepas ianya diadakan pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Pada tahun ini ianya diadakan seawal jam 07:00 pagi bagi memberi ruang dan masa yang lebih panjang kepada murid-murid bagi membaca dan mendalami Yaasin. Program ini yang diwajibkan bagi murid-murid tahun enam asalnya kini telah menjadi ikutan semua murid yang dapat hadir awal ke sekolah.

Pada tahun ini juga satu slot khas berkaitan terjemahan Yaasin akan diadakan selepas sessi bacaan Yaasin. Diharap dengan adanya program sebegini dapat meningkatkan lagi pengetahuan agama serta dapat menambahkan ketaqwaan murid-murid Islam di SKTSG2. wallahu a'lam.

Posted by Posted by SKTSG2 DAILY at 11:16 PM
Categories:

 

0 comments: