Tarikh : 21 Januari 2010
Masa : 0900 – 1200
Hari : Khamis
Anjuran : Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), SKTSG2
Jemputan : Pusat Pemulihan Dalam Komuniti(PDK) Taman Sri Gombak Fasa 9
Dif Undangan :
i) En. Bhakhari bin Abdul Rahman
Penolong Pegawai PPDGombak
ii) En. Ramli bin Bahruddin
Penyelia Pendidikan Khas Daerah Gombak
Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memaklumkan tentang kewujudan padang Permainan Bocce di SK Taman Seri Gombak 2. Ianya telah siap pada seminggu yang lepas tetapi masih dalam proses penambahbaikan dan keceriaan. Selain itu juga, ianya adalah sebagai pengesahan kelayakan padang itu untuk diadakan sebarang Pertandingan Bocce dan juga sebagai persediaan untuk upacara yang akan diadakan kelak.
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dijemput kerana mereka telah lama dan berpengalaman serta mahir dalam selok-belok permainan Bocce ini. Secara tidak langsung mereka dapat mengesahkan status kepada kelayakan padang tersebut. Mereka ini telah diwakili seramai 5 orang guru dan 18 orang pelajar.
Dalam pertandingan ini, 3 acara telah dipertandingkan iaitu acara individu. Berpasangan dan kerkumpulan(4 orang). Perjalanan pertandingan adalah dalam keadaan terbaik dan terkawal sekalipun mereka ini mereka ini semuanya adalah terdiri dari pelajar-pelajar khas(OKU).
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
Secara keseluruhannya, kesemua acara adalah dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak 2.
Permainan Bocce ini adalah berasal dari permainan dan perkataan orang Italy. Ianya seakan-akan permainan Bowling Padang atau Petanque. Kelebihan permainan ini adalah ; ia sangat sesuai untuk pelajar atau kanak-kanak khas kerana banyak membantu perkembangan psikomotor mereka yang mana seterusnya menghasilkan terapi bak dalam bentuk halus mahupun kasar. Ianya juga dapat mendidik pelajar ini lebih supaya lebih memahami nilai disiplin dan bertolak ansur.
Tuesday, January 26, 2010
Posted by Posted by
SKTSG2 DAILY
at
9:41 AM
Categories:
0
comments
Sunday, January 24, 2010
"Membaca merupakan Jambatan Ilmu". Seperti yang kita semua tahu membaca merupakan amalan penting dalam menimba 'ilmu pengetahuan', yang mana kita semua tahu dalam dunia yang mencabar ini merupakan sesuatu harta yang cukup penting bagi menjamin kejayaan hidup. Program NILAM ( Nadi Ilmu Amalan Membaca) adlah satu program yang dirangka kementerian bagi menjamim proses ini berlaku disetiap sekolah di Malaysia.
Sehubungan dengan itu Pihak SKTSG 2 telah melancarkan program ini bagi sessi persekolahan 2010. Majlis ini telah diadakan pada 21.01.2010 dan perasmiaannya telah disempurnakan oleh Puan Daunah, Guru Besar SKTSG2.
Pada majlis itu, guru-guru kelas telah menerima buku rekod NILAM yang akan digunakan bagi merekod segala rekod bahan bacaan murid dalam semua bahasa, baik Bahasa Melayu, Inggeris dan lain-lain.
Majlis itu juga dikejutkan dengan kehadiran ulat pintar iaitu maskot bagi Proram NILAM itu sendiri. Ini membuatkan ramai murid dan guru-guru terpegun.
Menjadi harapan kita semua untuk menggalakkan amalan membaca di kalangan masyarakat kita. Oleh itu jadikanlan amalan membaca sebagai amalan kita semua rakyat Malaysia.
Posted by Posted by
SKTSG2 DAILY
at
9:36 AM
Categories:
0
comments
Monday, January 18, 2010
Satu majlis perjumpaan antara pihak sekolah dan ibu bapa murid tahun 6 telah diadakan di Dewan Tun Teja bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 11.00 pagi. Majlis yang merupakan titik tolak permuafakatan antara guru dan ibu bapa murid tahun 6 sebagai salah satu usaha dan sokongan moral serta bantuan kewangan bagi membiayai aktiviti yang dirancang sepanjang tahun dengan harapan dan bertujuan sebagai pemangkin kepada Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas.
Selain itu dalam majlis ini juga, berlangsungnya majlis melafazkan ikrar akujanji murid tahun 6 sebagai salah satu baiah yang dilahirkan kesedaran dalam diri mereka sendiri. Antara isi akujanji tersebut ialah kesanggupan mereka mencurahkan segala usaha mereka dan kesungguhan mereka dalam mencapai kejayaan yang diidam-idamkan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis interaksi hari tersebut.
Terima kasih daun keladi... program lain boleh tolong lagi...
Posted by Posted by
SKTSG2 DAILY
at
6:38 PM
Categories:
0
comments
Sunday, January 17, 2010
Program Maju Diri (PMD) adalah program yang disarankan oleh Jabatan Pelajaran Selangor untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah negeri Selangor. Program yang dicadangkan perlaksanaannya pada awal setiap tahun ini diharapkan dapat mengembalikan situasi pembelajaran sebenar kepada setelah mereka bercuti panjang pada akhir tahun.
Justeru, program yang dirancang ini telah dijalankan pada 12-14 Januari 2010 yang lalu dan Unit Bimbingan & Kaunseling (B&K) diamanahkan untuk menggerakkan program ini dengan bantuan daripada semua guru.
PMD ini telah menjadi pembuka lembaran baru bagi memulakan sesi pembelajaran bagi tahun ini. melaluinya para peserta dapat mewujudkan kemesraan dikalangan rakan sekelas yang baru disamping memantapkan diri untuk mengurus diri sendiri, mengenal potensi diri seterusnya menambah pengetahuan kemahiran belajar yang sedia ada.
Alhamdulillah, segala aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan baik. Guru-guru dan murid-murid memberikan kerjasama yang mantap dalam menjayakannya dan seronok mengikuti aktiviti yang telah dijalankan.
Semoga melalui usaha murni ini akan dapat meningkatkan semangat belajar murid-murid seterusnya mencapai kejayaan sebagaimana yang diharapkan.
"Maju Diri Penggerak Wawasan".
Posted by Posted by
SKTSG2 DAILY
at
9:32 AM
Categories:
0
comments
Monday, January 11, 2010
Pada siaran akhbar 2 Disember 2009 pihak Kementerian Pelajaran telah menyatakan yang pihaknya akan mengenakan bayaran tambahan kepada pelajar bagi sesi persekolahan tahun depan iaitu 2010.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dipetik berkata, berbeza dengan yuran persekolahan, bayaran tambahan tersebut akan digunakan untuk manfaat para pelajar.
Menurut beliau, yuran persekolahan pula akan digunakan untuk menampung hal ehwal pentadbiran sekolah serta penambahbaikan beberapa kemudahan yang disediakan.
"Bayaran tersebut tidak akan membebankan ibu bapa dan para pelajar. Ia juga akan digunakan untuk kemudahan dan aktiviti mereka.
"Sebagai contoh, duit yuran tambahan itu akan digunakan sebagai insurans dan untuk menjayakan aktiviti kurikulum pelajar sepanjang sesi persekolahan,"
Sehubungan dengan itu pada hari Sabtu 09.01.2010, bertempat di Dewan Terbuka SKTSG2, pihak sekolah telah mengadakan program pungutan bayaran tambahan ini. Jumlah bayaran yang ditetapkan adalah sebanyak RM 24.50 sahaja untuk setahun. Bayaran ini merangkumi segala hal berkaitan insuran, kebajikan dan aktiviti melibatkan murid. Dan kelihatan seawal-awal pagi lagi guru-guru kelas baik di sessi pagi mahupun petang telah berada di kaunter khas pembayaran yang telah ditetapkan untuk setiap kelas.
Dan pada hari tersebut dianggarkan seramai 45 % pihak ibubapa dan penjaga murid-murid SK Taman Seri Gombak 2 telah melunaskan bayaran tersebut. Kehadiran ibubapa dan penjaga ini amatlah dialau-alukan dan pihak sekolah merasa sangat sukacita di atas keprihatinan yang ditunjukkan mereka dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak. Dan kutipan ini akan berterusan dan ibubapa serta penjaga boleh melunaskan pembayaran di sekolah melalui guru kelas anak masing-masing.
Posted by Posted by
SKTSG2 DAILY
at
7:00 PM
Categories:
0
comments
Friday, January 8, 2010
Dalam membentuk pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial, semua aspek pendidikan perlu ditekankan, baik secara formal ataupun tidak. Insan yang kental dan berkualiti akan lahir dari usaha yang secara menyeluruh dan berterusan. Antara usaha dalam merealisasikan pendidikan secara menyeluruh ini maka Panitia Agama Islam SKTSG2 telah merangka dan melaksanakan Program Bacaan Yaasin pada setiap minggu.
Sebenarnya program ini telah diadakan di sekolah ini semenjak dari dulu lagi, dan tahun demi tahun ianya diberi perubahan dan nafas baru bagi memantapkan lagi pelaksanaan dan keberhasilanya. Dan seperti juga tahun lepas ianya diadakan pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Pada tahun ini ianya diadakan seawal jam 07:00 pagi bagi memberi ruang dan masa yang lebih panjang kepada murid-murid bagi membaca dan mendalami Yaasin. Program ini yang diwajibkan bagi murid-murid tahun enam asalnya kini telah menjadi ikutan semua murid yang dapat hadir awal ke sekolah.
Pada tahun ini juga satu slot khas berkaitan terjemahan Yaasin akan diadakan selepas sessi bacaan Yaasin. Diharap dengan adanya program sebegini dapat meningkatkan lagi pengetahuan agama serta dapat menambahkan ketaqwaan murid-murid Islam di SKTSG2. wallahu a'lam.
Posted by Posted by
SKTSG2 DAILY
at
11:16 PM
Categories:
0
comments
Tuesday, January 5, 2010
Walaupun matahari langsung tidak menjengah pagi itu, dan hujan renyai-renyai membasahi bumi Seri Gombak, akan tetapi keadaan ini tidak sesekali mematahkan semangat warga SK Taman Seri Gombak 2 untuk hadir ke sekolah untuk bersama-sama meraikan hari pertama sessi persekolahan 2010.
Posted by Posted by
SKTSG2 DAILY
at
10:50 PM
Categories:
0
comments
Friday, January 1, 2010
Yakin membawa langkah dalam menuntut ilmu di SKTSG2
Ibubapa dan penjaga melihat senarai nama murid mengikut kelas
Bakal murid menggalas beban dan tanggungjawab demi menimba ilmu
Suasan ketika sessi pendaftaran
Barisan murid-murid bongsu pada sessi 2010
Guru kelas sedang meneliti dan menyemak senarai nama murid tahun 1 satu
Hadirin dan hadirat di kalangan ibubapa dan penjaga yang kusyuk mendengar taklimat GB
Sessi pembahagian dan agihan buku teks murid-murid tahun satu
Buku-buku teks dan aktiviti murid-murid tahun satu
Posted by Posted by
SKTSG2 DAILY
at
12:03 AM
Categories:
0
comments