Wednesday, December 30, 2009




TAMAN SERI GOMBAK - Bagi melengkapkan persediaan persekolahan 2010, semua GPK SKTSG2 juga mengadakan mesyuarat bagi unit masing-masing. Unit Kurikulum yang dipengerusikan sendiri oleh puan GB dan di bawah seliaan GPK Kurikulum, Pn Zuraini telah bermesyuarat pada 29.12.2009. Antara agenda yang diketengahkan dalam mesyuarat ini adalah berkaitan dengan bidang kurikulum berkisar pada pengajaran dan pembelajaran, peperiksaan dan pengurusan berkaitan kurikulum.

Pada 30.12.2009 pula, mesyuarat HEM serta Ko-Kurikulum telah mengambil tempat. Walaupun tan pa kehadiran GB, mesyuarat-mesyuarat ini dapat berjalan dengan lancar dan pembahagian tugas berjalan dengan lancar dengan sedikit perubahan berlaku. Kesemua guru kelihatanya lebih ceria dan berkobar-kobar dalam menerima tanggungjawab baru mereka pikul untuk sessi persekolahan 2010. Pada hari ini juga guru-guru dibekalkan dengan kit permulaan pengajaran dan pembelajaran serta diagihkan kepada mereka Buku Rekod Mengajar, selain dari fail major yang telah dibekalkan terlebih dahulu pada 28.12.2009

Posted by Posted by SKTSG2 DAILY at 6:30 PM
Categories:

 

0 comments: