Monday, December 28, 2009



Taman Seri Gombak : Walaupun cuti sekolah masih belum tamat dan kita semua masih lagi dalam tahun 2009, akan tetapi warga pendidik SKTSG2 telah mula duduk semeja berkongsi idea dan pendapat melalui proses Mesyuarat Guru kali Pertama yang dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini 28.12.2009 bertempat di Bilik Mesyuarat Umar ibn Aziz di SKTSG2. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Guru Besar dan dihadiri oleh semua guru penolong kanan. Terdapat beberapa orang guru tidak dapat bersama pada mesyuarat ini. Antara intipati mesyuarat adalah seperti berikut:-

  • Ucapan Aluan dari Pengerusi buat warga lama yang kembali hadir dan tidak lupa pada warga baru yang telah menjejakkan kaki ke SKTSG2
  • Huraian berkaitan NKRA dan sahsiah guru
  • Penerangan dan juga peringatan tentang perkara yang perlu ada dan diadakan bagi sessi persekolahan 2010

Posted by Posted by SKTSG2 DAILY at 11:16 PM
Categories:

 

0 comments: