TAMAN SERI GOMBAK - Bagi melengkapkan persediaan persekolahan 2010, semua GPK SKTSG2 juga mengadakan mesyuarat bagi unit masing-masing. Unit Kurikulum yang dipengerusikan sendiri oleh puan GB dan di bawah seliaan GPK Kurikulum, Pn Zuraini telah bermesyuarat pada 29.12.2009. Antara agenda yang diketengahkan dalam mesyuarat ini adalah berkaitan dengan bidang kurikulum berkisar pada pengajaran dan pembelajaran, peperiksaan dan pengurusan berkaitan kurikulum.
Pada 30.12.2009 pula, mesyuarat HEM serta Ko-Kurikulum telah mengambil tempat. Walaupun tan pa kehadiran GB, mesyuarat-mesyuarat ini dapat berjalan dengan lancar dan pembahagian tugas berjalan dengan lancar dengan sedikit perubahan berlaku. Kesemua guru kelihatanya lebih ceria dan berkobar-kobar dalam menerima tanggungjawab baru mereka pikul untuk sessi persekolahan 2010. Pada hari ini juga guru-guru dibekalkan dengan kit permulaan pengajaran dan pembelajaran serta diagihkan kepada mereka Buku Rekod Mengajar, selain dari fail major yang telah dibekalkan terlebih dahulu pada 28.12.2009
Wednesday, December 30, 2009
Posted by Posted by
SKTSG2 DAILY
at
6:30 PM
Categories:
0
comments
Monday, December 28, 2009
Taman Seri Gombak : Walaupun cuti sekolah masih belum tamat dan kita semua masih lagi dalam tahun 2009, akan tetapi warga pendidik SKTSG2 telah mula duduk semeja berkongsi idea dan pendapat melalui proses Mesyuarat Guru kali Pertama yang dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini 28.12.2009 bertempat di Bilik Mesyuarat Umar ibn Aziz di SKTSG2. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Guru Besar dan dihadiri oleh semua guru penolong kanan. Terdapat beberapa orang guru tidak dapat bersama pada mesyuarat ini. Antara intipati mesyuarat adalah seperti berikut:-
- Ucapan Aluan dari Pengerusi buat warga lama yang kembali hadir dan tidak lupa pada warga baru yang telah menjejakkan kaki ke SKTSG2
- Huraian berkaitan NKRA dan sahsiah guru
- Penerangan dan juga peringatan tentang perkara yang perlu ada dan diadakan bagi sessi persekolahan 2010
Posted by Posted by
SKTSG2 DAILY
at
11:16 PM
Categories:
0
comments